MELAKA 20 Dis. – Seorang jurujual wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran janin lelaki berusia enam bulan dengan menanamnya di tepi rumah, bulan lalu. Tertuduh, Siti Nur Amirah Abdullah Amiran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat. Tertuduh didakwa telah menyembunyikan kelahiran janin lelaki berusia enam bulan dengan menanamnya di…









