KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegur sikap kurang prihatin sesetengah ibu bapa yang masih memandang mudah proses pendaftaran kelahiran anak masing-masing sehingga menimbulkan masalah kepada masa depan kanak-kanak tersebut di kemudian hari. Ketua Pengarah JPN , Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, antara cabaran dihadapi JPN ialah sikap sesetengah orang kita yang tidak mengambil berat pendaftaran kelahiran anak walaupun menetap di kawasan bandar besar termasuk Kuala Lumpur. Beliau berkata,…










