Jom tengok final Piala AFF di Axiata Arena - Utusan Malaysia

Jom tengok final Piala AFF di Axiata Arena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Bersimpati dengan penyokong yang gagal mendapatkan tiket final pertama Piala AFF esok, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi peluang kepada mereka untuk menonton perlawanan secara langsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, secara percuma.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau bersimpati terhadap mereka yang tidak dapat membeli tiket itu biarpun beratur buat tempoh yang lama.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. KBS bersedia untuk membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

“Sementara kita menyiasat dan mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang bersama FAM, pihak KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan membuka Arena Axiata di sebelah Stadium Nasional untuk tayangan secara langsung buat rakyat Malaysia,” katanya menerusi Instagram, hari ini.

Tayangan secara langsung perlawanan akhir Malaysia bertemu Vietnam itu akan bermula pada jam 8 malam dan hanya 15,000 penonton dibenarkan memasuki Arena Axiata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN