Jenazah Muhammad Adib dibawa ke HKL - Utusan Malaysia

Jenazah Muhammad Adib dibawa ke HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jenazah Muhammad Adib Mohd. Kassim, 25, akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan.

Ia berikutan kes kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dekat sini itu telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh oleh Polis Diraja Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad  jenazah Mohd. Adib bagaimanapun tidak memberikan waktu tepat bila jenazah akan dipindahkan ke HKL untuk proses tersebut.

“Unit Forensik HKL telah bersedia untuk melakukan proses bedah siasat.

“Malah keluarganya telah memberikan persetujuan bagi membolehkan proses tersebut dijalankan,” katanya dalam sidang akhbarnya, di sini malam tadi.

Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi.

Pada 10 Disember lalu, empat lelaki berusia antara 21 hingga 24 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul mangsa telah dibebaskan daripada reman dengan jamin bon mahkamah dan polis.

Mereka sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN