IPOH 12 Dis. – Proses bedah siasat jenazah lima sekawan yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju semalam diharap dapat dilakukan secepat mungkin. Jenazah kesemua mangsa tersebut dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari di sini. Bapa Mohammad Nuraiman, 16, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, keputusan untuk dikebumikan dalam satu liang itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada semua…










