ISKANDAR PUTERI 13 Dis. – Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) komited untuk membantu kontraktor tempatan melibatkan diri dalam pelbagai projek pembangunan mega yang dijalankan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, kerajaan negeri mahu meningkatkan mutu dan kualiti kerja kontraktor tempatan agar mampu bersaing. “Kerjasama antara JCCD dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan memastikan pembabitan kontraktor tempatan dalam projek mega yang dijalankan…