Jarum tertanam pada jari kaki wanita warga emas - Utusan Malaysia

Jarum tertanam pada jari kaki wanita warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA 24 Dis. – Seorang wanita warga emas tidak menyedari terdapat sebatang jarum tercucuk dan tertanam dalam jari kakinya kerana kehilangan deria rasa akibat menghidap penyakit diabetes yang teruk.

Imej imbasan sinar X menunjukkan sebatang jarum tercucuk dan tertanam pada jari kaki seorang wanita warga emas di California, baru-baru ini. – AGENSI

Mail Online melaporkan, perkara itu hanya disedari wanita itu selepas dia pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan jangkitan kuman pada jari kakinya.

Menurut cucunya yang menggunakan nama sebagai ‘Kaylalorene’ dalam media sosial Riddit, neneknya langsung tidak menyedari keadaan itu, malah tidak pernah memberitahu dia berasa sakit pada kakinya.

Cucu wanita itu juga memaklumkan bahawa dia tidak tahu berapa lama jarum itu sudah tertanam dalam jari jari kaki neneknya.

“Nenek saya hanya mula berasa sakit baru-baru ini dan jari kakinya mula luka. Sehubungan itu, dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Selepas diperiksa dan menjalani imbasan sinar X, doktor mengesan terdapat sebatang jarum tersekat dan tertanam pada jari kakinya,” jelas Kaylalorene dalam media sosialnya.

Sehubungan itu, para doktor membuat keputusan untuk membedah kaki wanita itu bagi mengeluarkan jarum berkenaan.

Pendedahan Kaylalorene mendapat perhatian kira-kira 37,000 pengguna Riddit dan rata-ratanya memberi pujian kepada gadis itu kerana memberitahu mengenai penyakit diabetes dan kesannya terhadap kesihatan.

Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapi neneknya itu menyebabkan wanita tersebut mengalami kerosakan saraf.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan neneknya kehilangan deria rasa terhadap sentuhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN