KUALA LUMPUR 3 Dis. – Sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas selain mampu mengurangkan beban sara hidup. Kerajaan sebelum ini melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melancarkan perkhidmatan bas GO-KL sebagai kemudahan percuma kepada warga kota. Perkhidmatan yang kini berada di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti internet tanpa wayar, kamera litar tertutup (CCTV),…










