LEMBAGA Tabung Haji adalah institusi kewangan Islam yang tertua di Malaysia. Sejarahnya bermula pada 1963 dan ditadbir di bawah Akta Tabung Haji 1995. Penubuhannya untuk memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji. Pada 2017, Tabung Haji menguruskan deposit RM73 bilion daripada sembilan juta pendeposit. Isnin lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bahawa pengisytiharan serta pembayaran hibah Tabung Haji bagi…