KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak membenarkan pihak sekolah mengadakan peraturan atau memaksa murid-murid sekolah rendah dan menengah memakai kasut dan stoking berwarna hitam sehingga penguatkuasaan secara sepenuhnya bermula pada tahun 2021.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam satu pekeliling berkata, pihak kementerian telah bersetuju untuk melaksanakan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun 2019 dan diperluaskan pada tahun 2020.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, dalam proses transisi itu, murid-murid sekolah dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking putih.
“Justeru pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid untuk memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi ini.
“Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking hitam secara sepenuhnya akan bermula pada tahun 2021,” katanya dalam satu surat pekeliling yang dipaparkan di laman web Kementerian Pendidikan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










