Jangan naikkan tambang bas sekolah - Utusan Malaysia

Jangan naikkan tambang bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Dis. – Gabungan Bas Sekolah Malaysia meminta pengusaha bas tidak menaikkan tambang bas sekolah sesi persekolahan 2019 berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Timbalan Presiden gabungan itu, Md. Saad Mohamad berharap, pengusaha bas bertimbang rasa dan mengekalkan harga se­dia ada bagi membantu ibu bapa berjimat dan meringankan beban mereka.

“Kami faham ada di antara kami yang menanggung rugi, na­sihat kami jika boleh bertahan tolonglah bertahan dan jangan naikkan harga. Jika tidak boleh bertahan dan terpaksa, terpulanglah.

“Ini kerana dalam keadaan ekonomi ti­dak menentu de­ngan pelbagai harga ba­rang meningkat, kita juga perlu membantu ibu bapa dan bukannya menambah beban dengan menaikkan harga perkhidmatan.

“Bagaimanapun, ibu bapa ju­ga perlulah membantu peng­usaha bas dan membayar per­khid­matan selama 11 bulan, bu­kannya 10 bulan seperti yang berlaku ketika ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Uda di sini, baru-baru ini.

Katanya, walaupun keraja­an memberi kelonggaran bahawa pengusaha boleh bersaing, pihaknya berharap mereka tidak memilih untuk menaikkan bayaran tambang bas tersebut.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan, pengusaha bas sekolah berdepan pelbagai saingan termasuk van dan bas sekolah tiada permit sejak lebih 10 tahun lalu dan terkini, perkhidmatan e-hailing terutama Grab.

Justeru pihaknya berharap pi­hak berkuasa dapat me­luangkan masa untuk memantau keadaan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN