Jangan jadikan warga asing alasan - Utusan Malaysia

Jangan jadikan warga asing alasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Sikap orang ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri membuka peluang kepada warga asing menerima manfaat daripada perkhidmatan bas percuma GO-KL.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, penumpang warga asing hanya dijadikan alasan untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerajaan itu.

Beliau berkata, apa salah­nya warga asing menggunakan GO-KL jika ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota terutamanya pada waktu puncak.

“Di luar ne­gara pun, me­reka tidak meng­halang warga asing menggunakan pengangkutan awam. Mentaliti masyarakat mengenai perkara ini perlu diubah.

“Jika dihadkan kepada ma­syarakat tempatan sahaja, warga asing mungkin akan menggunakan kenderaan sendiri sedang­kan pengangkutan awam diwujudkan bagi mengurangkan penambahan kenderaan di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun tambah Teik Hua, laluan bagi perkhidmatan bas percuma GO-KL perlu ditambah bagi memperluaskan jaringan akses kepada orang ramai ke tempat yang dituju.

“Jika perkhidmatan bas itu menghubungkan orang ramai ke lebih banyak kawasan sudah pasti lebih ramai orang akan memilih pengangkutan awam itu.

“Selain itu, bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam kadar sewa tempat letak kenderaan perlu dinaikkan. Kerajaan juga boleh mengurangkan kemudahan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN