Jangan gugat kedaulatan negara - Mustafar - Utusan Malaysia

Jangan gugat kedaulatan negara – Mustafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Jabatan Imigresen tidak akan membenarkan mana-mana pihak memperkotak-katikkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Perkara itu selari dengan tema Hari Imigresen Malaysia 2018, ‘Sayangi Malaysiaku-Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi’ yang disambut di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah tegas tanpa kompromi itu perlu dilaksanakan sama ada kepada pelanggan, pengguna, vendor, pemegang taruh dan warga jabatan sendiri.

“Semua ini dilakukan bagi menterjemahkan impak positif dan penambahbaikan bersistematik, holistik dan berterusan buat pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mustafar, bagaimanapun pihaknya menyedari masih banyak ruang dan peluang untuk penambahbaikan dalam memastikan kedaulatan serta kelestarian tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kita sedar pencapaian kecemerlangan sama ada melalui idea inovasi, kreativiti atau tugas sebagai warga imigresen tidak ada titik noktahnya. Pencapaian secara berpasukan atau individu yang membawa kecemerlangan kepada jabatan adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

“Syabas dan tahniah kepada seluruh pegawai jabatan ini atas keberhasilan pelaksanaan tugas cemerlang dan berprestasi tinggi sehingga dapat dirasai atau dinikmati oleh pelanggan serta pemegang taruh yang berurusan dengan kita.

Tambah beliau, ini semua akan terus digapai bagi memastikan gerakan jabatan itu menuju ke persada kecemerlangan sentiasa dalam genggaman dengan usaha bersepadu serta berterusan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN