Jangan biar rekod lebur - Utusan Malaysia

Jangan biar rekod lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Malaysia tidak pernah kalah kepada Thailand di laman sendiri dalam perlawanan bola sepak peringkat senior sejak 1971, rekod yang menjadi motivasi buat Harimau Malaya untuk memburu kemenangan dalam separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Turun dengan misi mencari sebanyak mungkin gol, Tan Cheng Hoe tidak akan sesekali menerapkan corak bertahan kerana ia hanya akan menjerut leher sendiri sebelum bertandang ke Bangkok pada 5 Disember.

Begitupun, pemain Malaysia tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan juara lima kali itu kerana mereka memiliki serangan ampuh dengan meledak 15 gol dalam empat aksi peringkat kumpulan.

“Anda tidak boleh bertahan sepanjang 90 minit apabila menentang pasukan yang lebih bagus.

“Apa yang penting esok, kami tidak boleh benarkan gawang dibolosi, selain perlu mencari keputusan positif untuk dibawa ke Bangkok.

“Pemain kena menyerang dan berwaspada dengan serangan balas Thailand. Pertahanan kena fokus kerana setiap kali kami menyerang kami terdedah kepada serangan lawan,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Cheng Hoe juga melihat perancang utama Thailand, Sanrawat Dechmitr sebagai pemain yang perlu diawasi, selain penjaring terbanyak, Adisak Kraisorn.

“Sanrawat mampu melakukan hantaran bahaya dan amat laju. Tugas mengawasinya tidak mudah, harap bahagian tengah kami dapat menyekat pergerakannya.

“Pemain No. 9 (Adisak) juga cukup bahaya, namun secara keseluruhan Thailand memiliki barisan seimbang.

“Mereka mampu bertahan baik, malah kapten (Chalermpong Kerdkaew) juta berjaya memberi arahan dengan baik di benteng pertahanan,” ujarnya lagi.

Jika Adisak telah meledak lapan gol dalam kempen Piala AFF setakat ini, Sanrawat pula mencipta gerakan untuk empat jaringan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN