KUALA LUMPUR 6 Dis .- Polis menasihati orang ramai yang menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini agar tidak membawa kanak-kanak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ini kerana membawa kanak-kanak semasa berhimpun melanggar syarat-syarat perhimpunan aman.
“Kita sudah beri kelulusan untuk berhimpun jadi mereka perlu patuhi undang-undang yang ditetapkan termasuk larangan membawa kanak-kanak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE. – UTUSAN ONLINE










