Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam - Utusan Malaysia

Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu yang menjadi penghubung utama jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air walaupun tidak hujan, pagi ini.

Hujan lebat di kawasan hulu Gua Musang dipercayai penyebab utama jambatan tenggelam dan air Sungai Nenggiri semakin meningkat naik.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, paras air dijangka akan meningkat dan jambatan itu akan ditutup sehinggalah air sungai kembali surut.

“Menurut maklumat orang awam, jambatan itu mulai dinaiki air sejak pukul 9 pagi tadi.

“Beberapa orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga telah ke kawasan itu untuk memantau keadaan jambatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jambatan
Jambatan sementara Pulau Setelu yang menjadi penghubung jalan Gua Musang-Jeli ditutup selepas paras air Sungai Nenggiri naik, hari ini.

 

Mohd. Taufik berkata, cuaca di bandar ini sudah semakin baik apabila tidak hujan namun limpahan air sungai dari kawasan hulu dipercayai menyebabkan paras air di jambatan itu meningkat.

“Kita meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya sentiasa berhati-hati serta peka dengan keadaan cuaca semasa,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Muhammad Yusuf Abdullah, 37, berkata, rutin harian untuk ke bandar Gua Musang tergendala setiap kali air melimpahi jambatan.

Katanya, jambatan itu juga telah tenggelam seminggu lalu apabila hujan lebat. K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN