KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Hujan kadangkala lebat dan berterusan di seluruh daerah di negeri ini menyebabkan laluan utama di daerah Marang mula dinaiki air, hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang, Kapt. (PA) Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, kawasan yang terjejas adalah Jalan Merchang di Kampung Pulau Rusa namun masih boleh dilalui kenderaan di kedua-dua laluan apabila air dikatakan mulai surut lewat petang ini. “Pukul 3 petang tadi…










