KEBERANIAN penjenayah menyerang sasaran secara terbuka di tempat awam seperti di hadapan sekolah, pusat beli-belah atau restoran dengan disaksikan ramai orang merupakan satu kejadian yang menakutkan. Apa yang berlaku ini tidak ubah seperti adegan dalam filem gengster Hollywood dan Hong Kong yang memaparkan aksi ganas dan kejam. Bayangkan jika kegiatan jenayah tersebut terkena individu yang tidak bersalah seperti kanak-kanak atau warga emas. Adakah masyarakat masih lagi mahu berdiam diri? Terdahulu,…










