Isu ‘Tiket Viral’ selesai - Utusan Malaysia

Isu ‘Tiket Viral’ selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan mengenai gambar dan posting facebook milik Nur Iman Dzakirah atau nama sebenarnya Irawati Binti Abdullah yang telah viral di media sosial sejak malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya telah segera melakukan siasatan dan mengesahkan bahawa Irawati hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam bersama-sama delegasi daripada Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) bagi mengambil tiket dibeli di bawah peruntukan untuk penyokong pasukan pelawat, Vietnam.

Kata Stuart, berdasarkan perjanjian antara FAM dan VFF, pihak FAM akan memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket untuk dijual kepada penyokong Vietnam bagi Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam ini manakala pihak VFF akan memperuntukkan 3,000 keping tiket juga untuk dijual kepada penyokong Malaysia bagi Final 2 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

“Justeru, gambar berkenaan sebenarnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah pembelian yang sah untuk penyokong pelawat, Vietnam dan bukannya dibeli secara pukal untuk dijual kepada penyokong pasukan tuan rumah, Malaysia seperti tanggapan umum selepas perkara ini viral malam tadi,” kata Stuart dalam satu kenyataan rasmi FAM di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN