Isu TH: Pas dakwa ada niat tersembunyi - Utusan Malaysia

Isu TH: Pas dakwa ada niat tersembunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Dis. – Pas melihat tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mendedahkan isu Lembaga Haji (TH) yang didakwa mengeluarkan hibah secara bercanggah dengan Akta TH 1955 kepada umum sebagai ada niat tersembunyi.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal jika ada pihak cuba menjadikan TH sebagai ‘kambing hitam’ sedangkan institusi tersebut yang lahir hasil idea Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid begitu besar jasanya kepada umat Islam.

“Adalah amat malang jika TH dijadikan kambing hitam, jadi kita menuntut kepada siasatan yang seadil-adilnya dan bagi maksud tersebut hanya satu cara iaitu Suruhanjaya Diraja,” katanya dalam sesi Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini