KOTA BHARU 13 Dis. – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenuhi hajat seorang graduan yang mengalami jangkitan kuman dalam otak apabila mengadakan ‘istiadat konvokesyen mini’ khusus untuknya. Amirah Mohd. Zahari,24, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) lebih sebulan lalu adalah graduan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) dan merupakan graduan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.20. Penyakit itu yang tiba-tiba menyerangnya sejak Jun lalu sehingga menyebabkan…










