Isteri maut, suami parah ditikam jiran - Utusan Malaysia

Isteri maut, suami parah ditikam jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas ditikam jiran dalam kejadian di kawasan Pasar Sin Chun, Batu 16, Rawang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, 41, bersama suaminya, 61, sedang berada di Jalan Tengah, Kampung Sungai Terentang, dekat Rawang apabila dihampiri lelaki yang juga jiran mereka itu.

“Suspek berusia 49 tahun itu terus menikam pasangan tersebut menyebabkan mangsa wanita meninggal dunia ketika sampai di Hospital Selayang akibat kecederaan parah di bahagian dada manakala suaminya masih lagi dirawat di zon merah hospital sama.

“Suspek berjaya ditahan dan kita masih siasat motif lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Samsor, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN