KUALA LUMPUR 20 Dis. – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai pemangku Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku tugas-tugas Presiden. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Katanya, tugas-tugas yang dipangku itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti. Menurut beliau, Ismail…









