Islam lindungi hak dan kebebasan umat -MWL - Utusan Malaysia

Islam lindungi hak dan kebebasan umat -MWL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH 8 Dis. – Liga Dunia Islam (MWL) menekankan bahawa ajaran Islam melindungi hak dan kebebasan umatnya, selain agama itu tidak membenarkan atau menerima sebarang bentuk diskriminasi serta ketidakadilan dalam semua perkara.

Lapor Arab News, Setiausaha Agung MWL, Mohammed Abdul Karim Al-Issa berkata, sebarang perbuatan yang tidak masuk akal, penuh dengan kebencian dan keganasan menjadi tanggungjawab individu dan tidak wajar dikaitkan dengan sesuatu agama.

“Ramai yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang mengekang hak serta kebebasan umatnya sedangkan ajarannya mengutamakan kesemua perkara tersebut tanpa sebarang pengecualian.

“Selain itu, ada juga pihak berpendapat bahawa Islam menjejaskan agama lain tanpa mengetahui agama itu sentiasa terbuka dalam pelbagai hal,” katanya ketika berucap dalam majlis pembukaan Forum Mempromosikan Keamanan di sini hari ini.

Mohammed turut menegaskan bahawa beberapa peristiwa sejarah yang membabitkan agama Islam dengan agama lain dilihat sebagai percanggahan politik.

Katanya, perkara itu tidak mempunyai kaitan dengan kewujudan bersama.

Sementara itu, menjaga hak minoriti juga merupakan satu daripada nilai yang diterapkan dalam ajaran Islam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN