Iskandar Zulkarnain impikan aksi Sukan Olimpik Tokyo 2020 - Utusan Malaysia

Iskandar Zulkarnain impikan aksi Sukan Olimpik Tokyo 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pemain profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berhasrat untuk terus menaikkan ranking bagi mencerahkan laluannya ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran termasuk mencari penaja, namun pemain berusia 27 tahun itu percaya peluangnya tetap ada tetapi perlu bekerja keras untuk beraksi di kejohanan besar bagi segera menaikkan ranking dunia.

“Dalam dua atau tiga bulan ini harap boleh sertai kejohanan besar dan dapat keputusan baik untuk naikkan segera ranking.

“Saya sudah hantar nama untuk Malaysia Masters dan Indonesia Masters. Saya harap selepas semua selesai (termasuk mencari penaja), saya akan fokus untuk layak ke Sukan Olimpik,” katanya selepas sesi pengenalan pemain SS Purple League, di sini hari ini.

SS Purple League edisi kelima akan membuka tirai pertandi­ngan, Jumaat ini di Cyberjaya de­ngan penampilan dua kelab baharu iaitu Maharani BC dan Tebrau City BC.

Dalam edisi kali ini, banyak nama-nama besar akan turun beraksi termasuk pemain No. 1 dunia, Kento Momota yang bakal bersama Ampang Jaya BC dan Gronya Sommerville yang menggalas cabaran bersama pasukan Petaling BC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN