Isa Samad hadir seawal pagi - Utusan Malaysia

Isa Samad hadir seawal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 8.30 pagi sebentar tadi dan dijangka menghadapi 10 pertuduhan berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Beliau yang hadir dengan memakai baju batik diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan jenayah terhadap Mohd. Isa itu dijangka dikemukakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Mohd. Isa membabitkan kes pembelian hotel oleh FIC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×