Isa didakwa hari ini - Utusan Malaysia

Isa didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Dis. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes pembelian hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Mohd. Isa yang juga merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah FIC.

MOHD. ISA
MOHD. ISA 

‘‘Beliau akan dituduh pada pukul 9 pagi di Mahkamah Sesyen esok berhubung siasatan kes pembelian hotel oleh FIC.

“Mohd. Isa hadir­ ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pukul 10.48 pagi ini bagi menandatangani notis aku janji untuk hadir ke mahkamah,’’ kata kenyataan itu ­ di sini.

Menurut sumber, Mohd. Isa akan berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 16A Akta SPRM 2009 dan Sesyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Bekas calon Ahli Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil (PRK) pada baru-baru ini pernah ditahan SPRM Ogos tahun lalu berhubung pembelian hotel pada 2014 dan 2015 di London serta sebuah lagi di Sarawak.

Hotel bertaraf empat bintang, Grand Plaza Kensington di London dibeli pada 16 Disember 2014.

Siasatan awal mendapati hotel berkenaan dibeli lebih tinggi berban­ding harga pasaran dan isu sama melibatkan pembelian sebuah hotel empat bintang di Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN