IPD Nilai hargai peranan media - Utusan Malaysia

IPD Nilai hargai peranan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Dis. – Kira-kira 60 petugas media serta pegawai dan anggota polis menghadiri Majlis Hi-Tea Jalinan Mesra Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sebuah hotel di Nilai dekat sini petang tadi.

Majlis turut dihadiri Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar dan Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (Manis), Arfi Ahmad.

Mohd. Nor Marzukee dalam ucapannya berkata, pengamal media berperanan penting dalam membantu pihak polis untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran berkaitan jenayah kepada masyarakat.

Beliau berkata, kedua-dua pihak juga berkongsi tanggungjawab yang sama iaitu berkhidmat untuk masyarakat.

“Sehubungan itu, pertemuan ini penting bagi media dan polis saling memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing agar setiap perkara dapat diselaraskan secara bersama.

“Hubungan baik antara polis dan media perlu dikekalkan, malah diperkasakan lagi dan tidak terbatas dalam tugasan harian tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti sukan,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN