HULU TERENGGANU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu berjaya mereka cipta bot amfibia yang mampu bergerak di daratan dan air untuk kegunaan pada musim banjir tidak lama lagi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bot amfibia yang diberi nama ‘Amfibia Qber’ tersebut merupakan inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif IPD Hulu Terengganu diketuai Ketua Polis Daerahnya, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud. Beliau berkata, Amfibia Qber itu merupakan bot…










