KUALA LUMPUR 5 Dis. – Remaja merupakan penentu yang menjadi kunci pembangunan sesebuah negara malah tidak keterlaluan untuk mengatakan golongan itu adalah cerminan masyarakat pada masa depan. Bersandarkan perkiraan itu, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang kian meruncing pada masa kini cukup membimbangkan jika tidak dikawal dengan baik. Kemerosotan akhlak dan moral dalam kalangan remaja sebenarnya banyak dipengaruhi perubahan cara hidup masyarakat yang lebih bersifat individualistik dan juga kesan daripada…










