Inikah semangat Malaysia baharu versi DAP? - Utusan Malaysia

Inikah semangat Malaysia baharu versi DAP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA baharu rupanya kekal kosmetik dan buktinya tiada seorang pun pemimpin Melayu yang diangkat menjadi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang selesai menjalankan pemilihan di Petaling Jaya kelmarin.

Ingatkan selepas menguasai Putrajaya bersama rakan Pakatan Harapannya, DAP akan berubah wajah dan bukan lagi parti cauvanis dengan membuka lebih ba­nyak ruang untuk kaum lain khususnya Melayu selaku penduduk majoriti. Sebaliknya, DAP Selangor terus didominasi satu kaum iaitu Cina, manakala wakil India cuma diwakili Gobind Singh Deo dan V. Ganabatirau daripada ke­seluruhan 15 ahli jawatakuasa walaupun DAP mendakwa ia parti berbilang kaum.

Inikah yang dikatakan parti berbilang bangsa yang menolak perkauman, lebih-lebih lagi Ganabatirau yang terpalit isu rasis dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman mendapat undi antara tertinggi, mengatasi Gobind sendiri?

Bagaimana DAP mahu mendakwa parti mereka menolak perkauman, jika watak yang terpalit dengan masalah perkauman sehingga membangkitkan kemarahan umat Islam dijulang, atau sememangnya DAP mahukan lebih ramai tokoh sebegitu?

Lebih penting daripada itu ialah soal Melayu yang mana mereka sebelum pilihan raya umum lalu dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat undi, tetapi selepas menang pilihan raya, apa jawatan yang mereka peroleh dalam DAP?

Mereka cuma sekadar menjadi penonton serta tukang sorak dan tidak berupaya untuk memperjuangkan kelangsungan bangsa Melayu ke­rana jika pun dilantik selepas ini, sekali lagi hanya bersifat kosmetik bagi mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya Melayu memang tidak ada tempat di dalam DAP, kalau diberikan tempat sekalipun seperti di Perak, dengan niat ‘ada udang di sebalik batu’, yang semuanya sudah tahu dan telah terbongkar pun ming­gu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN