KUALA LUMPUR 27 Dis. – Selepas mengumumkan akan berkahwin hujung minggu lalu, ramai yang ternanti-nanti siapakan gerangan suami kepada pelakon Raja Ilya.
MHETV.my melaporkan meskipun memberitahu akan berkongsi lanjut tentang perkahwinannya, namun Ilya belum mendedahkan lagi foto perkahwinannya dengan lelaki dari Australia yang bernama Trent.
Pereka fesyen Raffiey Nasir akhirnya berkongsi foto perkahwinan Ilya yang berlangsung di Australia. Ilya mengadakan majlis secara tertutup yang dihadiri hanya ahli keluarga dan teman rapat. Jadi inilah wajah lelaki yang berjaya menawan hati Ilya.
Sama cantik, sama padan. Sekali pandang macam hero filem. Ilya dikatakan memakai baju rekaan Raffiey ketika majlis tersebut. Dia juga menggunakan khidmat solekan dari jurumekap Malaysia, Ezad Ibrahim.
Tahniah buat Ilya dan suami. Selamat menjalani bahtera rumah tangga dan semoga mereka terus bahagia. Ilya sebelum ini pernah memberitahu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia tahun hadapan. Sama-sama kita tunggu. – UTUSAN ONLINE










