JAKARTA 23 Dis. – Sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh manakala kira-kira 745 cedera manakala 30 hilang selepas tsunami melanda bahagian pantai di sekitar Selat Sunda. Agensi pengurusan bencana Indonesia seperti dipetik oleh BBC sebagai berkata, dua orang dilaporkan hilang dan berpuluh bangunan musnah. Menurut agensi terbabit, tsunami terbabit berpunca daripada gelinciran permukaan dasar laut selepas Gunung Berapi Anak Krakatau meletus. Pihak berkuasa tempatan memberi amaran angka kematian dijangka akan meningkat.








