ORANG yang bersih dan tenang hatinya ialah orang yang beraura positif serta disenangi orang. Justeru, sifat-sifat positif yang memenuhi kerohanian seseorang itu akan terpancar gambaran kesucian di wajahnya. Senyuman sentiasa menjadi penghias buat dirinya. Orang yang beraura positif senang didekati, kerana aura positif yang terpancar pada wajahnya itu menjadi magnet menarik perhatian orang. Segala imej dan reaksi yang terpancar pada wajah yang dihantar kepada seseorang, itulah aura yang ada dalam…










