Mengimbas kembali portfolio muzik milik In-Team, kumpulan nasyid yang mula mencipta nama sekitar tahun 1998 itu cukup dikenali dengan karya-karya bersifat malar segar. Bermula dengan single perdana berjudul Kasih Kekasih, Impian Kasih dan Nur Kasih, kehadiran In-Team pada waktu tersebut disambut baik oleh peminat dan stesen radio tempatan. Lagu-lagu milik In-Team kerap dimainkan stesen radio dan permintaan terhadap karya sedemikian dalam kalangan pendengar juga cukup luar biasa. Bagaimanapun, itu semua…










