KOTA BHARU 22 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berharap penulis termasuk yang menghasilkan karya kreatif dapat menulis mengenai impak zakat kepada golongan asnaf di negeri ini. Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi berkata, penulis adalah kelompok penting yang membantu membina pemikiran masyarakat. Beliau berkata, pada tahun lalu sahaja pihak Maik telah mengagihkan zakat lebih RM185 juta kepada asnaf namun impak…










