Pada pengamatan saya, Himpunan Rakyat 8 Disember yang bermula dengan penganjuran Kongres Tolak ICERD 25 November, anjuran Ummah, lebih mirip kepada satu Himpunan Rakyat Malaysia, menentang usaha songsang dan pembohongan oleh Senator P. Waytha Moorthy. Saya tak faham mengapa seorang yang mempunyai rekod sebegitu buruk dilantik menjadi Menteri Kabinet. Sudahlah begitu kelakuannya, dilayan ibarat ‘menatang minyak yang penuh.’ Jika sudah mindanya pembangkang, setelah berada dalam kerajaan pun ia kekal berminda…










