PASIR GUDANG 31 Dis. – Hati ibu mana yang tidak sebak melihat dua anaknya tidak seceria kanak-kanak lain dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, Nurul Ain Zakaria, 33, tidak pernah berputus asa untuk melihat anak-anaknya sihat dan menjalani kehidupan sempurna walaupun dua daripada tiga anaknya tidak normal. Dia yang merupakan seorang ibu tunggal tidak dapat bekerja bagi menjaga anak-anaknya dan hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,000 sebulan.…










