LUMUT 9 Dis. – Seorang wanita merayu sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan anak perempuannya yang berusia 11 tahun kerana menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak dilahirkan. Norliza Brahim, 33, berkata anak perempuannya, Nurazrina Danila Mohd. Azuar juga mengalami masalah tulang belakang dan semasa berumur 15 hari terpaksa dibedah. “Pergerakan anak saya terbatas kerana tidak mampu berjalan dan bercakap sejak dari kecil lagi. Penjagaannya perlu dititikberatkan terutama…










