HULU TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 648 orang setelah Hulu Terengganu menjadi daerah ketiga dan terbaharu dilanda bah hari ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini setakat pukul 1 tengah hari tadi. Beliau berkata, seramai 411 mangsa dari 55 keluarga yang menetap di 10 perkampungan dilanda banjir di daerah ini telah…










