KUALA TERENGGANU – Seluruh Terengganu dan beberapa negeri lain diramal bakal dilanda hujan lebat selama tiga hari bermula esok. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning melibatkan seluruh Terengganu dari Selasa hingga Khamis ini. Beliau berkata, kawasan lain yang turut dijangka dilanda hujan lebat dalam tempoh berkenaan ialah Tumpat, Kota Bahru, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta…










