Hujan berterusan di Terengganu, mangsa meningkat - Utusan Malaysia

Hujan berterusan di Terengganu, mangsa meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 260 orang berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan dua daerah di dinaiki air.

Di Kemaman, sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka mulai pagi ini bagi menempatkan 233 mangsa daripada 56 keluarga manakala di Setiu mangsa berkurang kepada 27 orang daripada enam keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman berkata, pusat pemindahan yang dibuka adalah di Tadika Kemas Batu 9, Dewan Pusat Latihan Darul Iman (DITC) di Teluk Kalong dan di Seberang Tayu Hulu.

Sementara itu, sebanyak dua laluan di sekitar Kemaman terjejas ekoran banjir yang melanda sejak kelmarin iaitu Jalan Pelantoh dan Jalan Teladas Air Putih.

Jalan Pelantoh kini ditutup kepada kenderaan ringan manakala Jalan Teladas Air Putih di Jambatan Lama Teladas ditutup untuk semua kenderaan.

Di Setiu pula, kebanyakan mangsa banjir di dua pusat pemindahan yang dibuka di Masjid Kampung Merbau Menyusut dan balai raya Kampung Langkap sejak malam tadi difahamkan mulai pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Jumlah yang makin berkurang itu kerana masing-masing sudah pulang membersihkan kediaman mereka.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×