Memasuki edisi yang ke-33 Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) nampaknya menimbulkan banyak pertanyaan. Antaranya, apakah ia masih lagi relevan ketika kesusasteraan semakin hilang pengaruh dan minat masyarakat terhadap pembacaan juga kian merudum? HSKU bukan baharu. Sudah 32 edisi direntasinya, bermula 1986 dengan jaya. HSKU sudah merentasi semua liku-liku yang dialami semua bentuk pemberian hadiah karya kesusasteraan di tanah air. Dilihat dari sudut usia kedewasaan ini, HSKU tampaknya ingin terus bertahan.…










