'Hormati arah tuju kerajaan galak rakyat bersukan' - Steven Sim - Utusan Malaysia

‘Hormati arah tuju kerajaan galak rakyat bersukan’ – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Dis.- Pesuruhanjaya Sukan akan meneliti cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terhadap garis panduan khusus penganjuran acara maraton di negara ini.

“Perlu hormat Dasar Sukan Negara dan arah tuju kerajaan untuk galak sukan kepada semua lapisan rakyat.

“Pesuruhjaya Sukan akan meneliti isu ini,” katanya menerusi satu hantaran akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah KOM untuk mengeluarkan garis panduan khusus mengenai penganjuran acara maraton di negara ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Menerusi garis panduan berkenaan, penganjur berhasrat menganjurkan maraton di negara ini perlu membayar wang jaminan kepada KOM yang akan memberi sokongan kepada acara berkenaan.

Penganjur perlu membayar sebanyak AS$3,000 (RM12,517) sekiranya ia melibatkan jarak 10km ke bawah dan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

Sekiranya larian itu lebih daripada 10km ke 21km, dikenakan caj AS$5,000 (RM20,862) manakala larian separuh maraton atau maraton penuh (21km ke atas) yang melibatkan 3,000 peserta atau kurang, caj AS$10,000 (RM41,724).

Selain itu, jika lebih 3,000 peserta, jumlah bayaran adalah AS$15,000 (RM62,586).

Bagi acara maraton melibatkan peserta antarabangsa membabitkan 3,000 peserta ke bawah, caj yang dikenakan adalah AS$20,000 (RM83,453).

Bagi jumlah peserta kurang daripada 3,000 orang, akan kenakan caj sebanyak RM12 bagi seorang peserta.

Cadangan itu menimbulkan maklum balas pelbagai pihak yang menyifatkannya akan membebankan peserta yang perlu membayar kadar yuran penyertaan lebih tinggi.

Rata-rata mereka mahu keselamatan diutamakan berbanding kadar caj penyertaan yang mahal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×