‘Hitam Tadung’ bernilai tinggi, rasa sekali nak lagi - Utusan Malaysia

‘Hitam Tadung’ bernilai tinggi, rasa sekali nak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Hitam bukan sebarang hitam. Hitamnya penuh bernilai dan sungguh sedap. Itulah gambaran tepat yang boleh diberikan pada sejenis beras berwarna gelap yang didatangkan khas dari Sabah.

Pegawai Eksekutif Padibe­ras Nasional Berhad (Bernas), Syuhada Syakireen berkata, beras tersebut yang dinamakan sebagai ‘Hitam Tadung’ mempunyai nilai pasaran agak di tinggi iaitu RM15 sekilogram.

Walau bagaimanapun kata­nya, beras tersebut yang agak unik namanya itu sukar didapati sama ada di Semenanjung Malaysia mahu pun Sabah dan Sarawak berikutan kesukaran mendapatkan benih dan kawasan sesuai untuk tujuan penanaman.

“Beras ini sangat terhad dan hanya ada di Tambunan, Sabah. Ia juga tidak pernah dikomersialkan kerana penduduk di sana hanya gunakan untuk makanan seharian sahaja.

“Oleh itu, pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 perlu singgah di Laman Padi, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk rasai rasa beras ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Syuhada berkata, pihaknya membawa sebanyak 16 jenis beras dalam MAHA 2018 khas untuk pe­ngunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN