KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dirinya menjadi dalang atau terlibat dalam usaha menarik ahli Parlimen UMNO dan wakil rakyat Sabah untuk keluar parti. Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, tuduhan liar terhadapnya sejak enam bulan lalu itu adalah tidak benar. Katanya, beliau tidak mempunyai apa-apa perkaitan dengan keputusan yang menyebabkan ada dalam kalangan ahli UMNO dan wakil rakyat keluar parti. “Terdapat…










