Himpunan Suhakam ada agenda tertentu - Utusan Malaysia

Himpunan Suhakam ada agenda tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menganjurkan himpunan pada hari sama dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) Sabtu ini, bukan sahaja mahu mewujudkan provokasi malah, mempunyai niat jahat tertentu.

Penasihat Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, bahkan langkah diambil Suhakam juga disifatkan sebagai perkara yang paradoks.

“Jika Suhakam tetap meneruskan himpunan pada hari sama, pada saya mungkin mereka mempunyai niat jahat tertentu yang mahu memecah belah rakyat.

“Memang negara ini mengamalkan demokrasi dan semua pihak bebas untuk berhimpun, tetapi jika himpunan yang dianjurkan Suhakam bercanggah dengan tujuan sebenar dibimbangi menimbulkan huru hara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Suhakam yang mahu menganjurkan himpunan sama sempena dengan #DaulatHimpunan 812, Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN