Himpunan ICERD: Tiga orang pengsan semasa berhimpun - Utusan Malaysia

Himpunan ICERD: Tiga orang pengsan semasa berhimpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga peserta Himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka di sini pengsan.

KUALA LUMPUR – Tiga peserta himpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka di sini pengsan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 petang itu, petugas Jabatan Amal Malaysia dilihat mengusung peserta terbabit ke ambulan berdekatan.

Mereka yang pengsan adalah seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 20 dan 30-an.

Selang 30 minit kemudian, seorang lagi peserta wanita pula diusung keluar.

ICERD
Salah seorang peserta himpunan menolak ratifikasi ICERD pengsan ketika berhimpun di Dataran Merdeka hari ini.

 

Peserta yang pengsan berkenaan menghadapi kesukaran untuk dibawa keluar berikutan keadaan sekitar yang sesak.

Salah seorang petugas keselamatan Jabatan Amal Malaysia yang enggan dikenali berkata, peserta itu pengsan disebabkan cuaca agak panas dan keadaan yang sesak menyebabkan mereka sukar untuk bernafas.

“Kesemua peserta ini dibawa ke ambulans pihak kami terlebih dahulu untuk rawatan awal.

“Mereka akan dapatkan rawatan awal dahulu. Kalau keadaan dilihat serius, mereka akan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN