KUALA LUMPUR – Himpunan besar-besaran bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember ini akan diadakan secara aman termasuk menghormati sensitiviti semua kaum di negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tujuan utama himpunan tersebut adalah untuk menzahirkan kesyukuran di atas pembatalan ratifikasi ICERD.
“Saya mewakili kawan-kawan dalam UMNO dan Pas akan tetap pergi dan ini mesti dipisahkan daripada isu-isu perkauman.
“Pertemuan yang kita lakukan dalam bentuk himpunan itu untuk menyatakan penghargaan, kesyukuran dan terima kasih di atas keputusan Kabinet menerusi kenyataan media yang menunjukkan bahawa kerajaan menolak ICERD untuk diratifikasikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.










