Himpunan bantah ICERD :Alam Flora kutip 28 tan sampah - Utusan Malaysia

Himpunan bantah ICERD :Alam Flora kutip 28 tan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Sebanyak 28 tan sampah dikutip Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) selepas perhimpunan anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 yang berlangsung di beberapa lokasi di ibu negara semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, kerja-kerja pengutipan sampah itu dilaksanakan selama lima jam bermula dari pukul 6 petang hingga 11 malam .

“Sebanyak 12 buah jentera dan lebih 80 pekerja pembersihan terlibat bagi kerja-kerja pengutipan sampah, membersih dan mencuci jalan-jalan utama yang terlibat, ”katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN